Kenapa Skin Care NK Age Reverse Dalam Bentuk Cecair (Liquid), Bukan Krim
KENAPA SKIN CARE NK AGE REVERSE DALAM BENTUK CECAIR (LIQUID), BUKAN KRIM?
NK Age Reverse adalah produk skin care yang merupakan formulasi terbaik hasil R&D kami. Setiap aspek diteliti, dan keputusan untuk memilih bahan apa, cecair atau krim, bagaimana penggunaan, adalah berdasarkan kajian terperinci, bukan mengikut kebiasaan dan formulasi jenama lain.
Kami menggunakan formulasi original yang tidak ditiru dari mana-mana. Kami memperkenalkan produk yang lebih mudah digunakan, berkesan, selamat dan tidak memerlukan banyak rutin.
Berikut adalah sebab mengapa kami memilih formulasi bentuk cecair untuk produk Age Reverse:
1️⃣ Kebanyakan bahan aktif seperti fenol, mineral, vitamin dan sakarida adalah bersifat larut air (water soluble). Oleh itu, produk skin care yang berasaskan air (water based) memberikan penyerapan aktif yang lebih baik ke dalam kulit.
2️⃣ Berdasarkan kajian kami, kulit orang Asia lebih kepada berminyak atau bersifat kombinasi. Maka produk water based memberi efek kurang berminyak seterusnya membantu mengurangkan penghasilan sebum yang boleh menyebabkan kulit mudah berjerawat dan pore tersumbat.
3️⃣ Dengan menggunakan formulasi cecair, lebih mudah untuk menggabungkan fungsi cleanser + toner + moisturiser. Ini adalah sebab kenapa produk berbentuk krim memerlukan banyak step dan rutin kerana ia tidak boleh digabungkan.
4️⃣ NK menggunakan teknologi nano-micelle yang memang perlu dalam keadaan cecair transparent. Jika kami membuat formulasi dalam bentuk krim, maka teknologi ini tidak boleh digunakan. Teknologi ini melibatkan saiz molekul yang paling halus berbanding sistem yang lain. Dengan ini tahap keberkesanan NK adalah lebih tinggi kerana penyerapan bahan aktif yang lebih baik.
Inilah hasil penyelidikan dan ilmu yang kami perolehi sepanjang membuat kajian intensif sejak hampir 10 tahun. Memang tidak sama seperti orang lain, tapi mengapa perlu sama, jika kami telah membuktikan bahawa produk Age Reverse ini amat berkesan dan telah membantu ramai orang dalam menyelesaikan masalah kulit mereka .
Terima kasih kepada semua yang mempercayai NK Age Reverse. 💖💖
Tiada ulasan:
Catat Ulasan